LATAR BELAKANG KADET TRAFIK SEKOLAH


Pasukan Kadet Trafik mula diasaskan pada tahun 1986 oleh Encik Ahmad Fazil bin Haji Hassim di Sekolah Menengah Keat Hwa2 Alor Setar .Beliau berdasarkan kepada masalah buta jalan raya di kalangan sekolah kesan daripada kurangnya didedahkan dengan pendidikan keselamatan jalan raya khususnya .

Mula-mula ,36 orang pelajar dari ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) sekolah itu dipilih untuk diserapkan ke dalam Pasukan Kadet Trafik .Mereka yang terpilih dilengkapi dengan pakaian seragam yang sama dengan polis trafik diraja Malaysia .Latihan pratikal seperti kawat kaki kaedah pengawalan lalulintas di sekitar sekolah dan peraturan penggunaan jalan raya diajarkan sebagai aktiviti utama mereka .

Pada awal penubuhan ,pasukan ini tidak begitu disambut baik ,tetapi selepas sekian ketika ,ia mulai disambuti kerana pakaian seragam dan aktivitinya dianggap unik dan baru bagi pelajar-pelajar lain.

Dalam pada itu ,Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Kedah juga telah mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari cawangan Trafik Alor Setar ,jabatan pengangkutan jalan (JPJ) dan jabatan pendidikan negeri .Pasukan ini telah berusaha mengedarkan pelbagai bantuan serta kemudahan seperti latihan kawat kaki ,kelas undang-undang lalulintas dan latihan pratikal bersama anggota polis di luar bilik darjah .

MKJR telah memanjangkan program ini kepada peringkat pusat untuk dijadikan modal sebagai bahan kerajaan dan fokus untuk lain-lain asas penubuhan Pasukan Kadet Trafik peringkat kebangsaan .

Untuk itu ,pada 22 Jun 1987 ,pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Kedah telah mementingkan kertas-kertas berkaitan di dalam mesyuarat agung ini diadakan di Ming Court Hotel ,Port Dikson negeri Sembilan .

Akhirnya ,konsep penubuhan pasukan ini telahpun dipersetujui dan diterima oleh MKJR Malaysia serta diletakkan projek ini sebagai projek perintis di mana ia wajib dilaksanakan di semua sekolah menengah negeri Kedah Darul Aman .

Ekoran itu ,sebanyak 86 buah sekolah telahpun ditubuhkan Pasukan Kadet Trafik pada masa ini .


-maklumat tentng kami-


ketua:encik omar bin ali
guru penasihat:encik izzudin bin bon@kasbon
sm:muhamad amirul asyraff
sarjan:mirfa amira
koperal:norliyana
lans koperal:farhah hawadah
komander:mohd zahid
pen.komander:saifulnizam



DAk-daK KaDeT tRaFik SEkoLah




mirfa , liyana , rohaizat

simbOL Trafik




CARA MUDAH MENARIK POLIS TRAFIK !
Ini adalah cara termudah tarik trafik. Anda tak akan jumpa di mana-mana web site atau blog bagaimana cara mudah ini dapat menarik trafik dengan cepat dan berkesan. Di samping dapat menarik trafik, ia juga tidak memerlukan apa-apa kos untuk SEO, hot keyword dan seumpamanya. Mengapa ia tidak dihebahkan? Aku sendiri tak pasti.. tapi jika anda memang inginkan trafik, cubalah cara ini, hasilnya pasti memuaskan.Cara tarik trafik
1) Jangan pakai talipinggang keledar… ini antara cara terbaik nak menarik Polis trafik
2) Guna handphone semasa memandu
3) Langgar lampu merah
4) Langgar belakang kereta peronda / motor Polis trafik
5) Buat U-turn di simpang empat..pastikan ada Polis trafik berdekatan

Mudah kan cara tarik trafik ni…? tapi bukan untuk blog atau web site tetapi untuk menarik perhatian Polis trafik… Jangan mare..aku merepek sesekali…
P/S Saman bayor sendiri.. 8 )

makna lampu isyarat yang perlu diketahui




~lampu isyarat~


  • warna merah: kenderaan tidak boleh bergerak

    • warna kuning:memperlahankan kenderaan supaya bersedia untuk berhenti.


    warna hijau:kenderaan boleh jalan(sekiranya selamat)








No posts.
No posts.